Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Husam seru selidik punca sebenar kematian Orang Asli Kuala Koh

Husam seru selidik punca sebenar kematian Orang Asli Kuala Koh

Oleh MALAYSIA DATELINEJune 9, 2019 6:04 pm




Senator Datuk Husam Musa menyeru agar punca sebenar kematian 14 Orang Asli dari suku Bateq di Kuala Koh, Kelantan diselidik.

Bekas Exco kerajaan negeri Kelantan itu juga mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Kelantan yang pro aktif sejak media sosial membangkitkan kematian tersebut pada 4 Jun lalu.

“Saya juga telah menghubungi beberapa NGO yang prihatin dan mendedahkan isu Orang Asli Batek ini, khususnya Sahabat Jariah.

“Bersama membantu, mencegah dan menyelidiki sebab sebenar kematian,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan berkata, pengesahan 14 kematian dalam tempoh sebulan bagi masyarakat tersebut tentunya menyedihkan walau apa pun punca sebenar kematian mereka.

“Tafakur dan takziah untuk semua yang terlibat,” ujar Naib Presiden AMANAH itu yang mengiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy mengikuti taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Husin.

“Mengikut YB Waytha satu mesyuarat Khas semua jabatan dan agensi untuk tujuan penyelarasan semua urusan kajian, rawatan, pencegahan dan bantuan akan diadakan di Gua Musang esok.

“Beberapa menteri dijangka turun untuk sama menghadhiri mesyuarat itu. Agensi kerajaan negeri juga akan dijemput,” jelas Husam lagi.

Sementara itu, Jabatan kesihatan negeri dalam satu kenyataan hari ini memberitahu seramai 53 penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang dikesan menghadapi jangkitan saluran pernafasan sejak 6 Jun lalu.

Bagaimanapun jabatan itu mendapati hanya dua orang yang maut akibat jangkitan paru-paru (pneumonia) sejak sebulan lalu berdasarkan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Gua Musang.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production