Husam umum sertai Amanah

Husam umum sertai Amanah

Bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Amanah Negara  di Cyberjaya malam tadi.

 “Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertu dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini,” kata Husam ketika membuat pengumuman di majlis sambutan di ambang merdeka anjuran Amanah.

Turut serta di majlis itu adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu serta sebahagian besar pucuk pimpinan Amanah.

Husam mengumumkan penyertaannya ke dalam Amanah malam tadi.Penyertaan Husam dijangka bakal membentuk gelombang kedua Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September tahun lalu.

1 September ini, Husam akan disambut sebagai wira oleh Amanah Kelantan selepas menyertai parti itu dan akan berkonvoi dari lapangan terbang di Pengkalan Chepa ke Pasir Puteh bagi merasmikan beberapa cawangan Amanah di sana.

Pada 16 September ini, sambutan kemasukan Husam ke dalam Amanah akan diraikan secara rasmi oleh Amanah Kelantan dengan penyertaan ribuan lagi tokoh politik, masyarakat dan pemegang jawatan dalam Pas sendiri.

Ia akan dibuat di tempat beliau iaitu di Pusat Khidmat Adun Salor.

 

COMMENTS

Wordpress (0)