Hutang negara, 1MDB antara kerja rumit sebagai Menteri Kewangan II, akui Ahmad Husni

Hutang negara, 1MDB antara kerja rumit sebagai Menteri Kewangan II, akui Ahmad Husni

Menganggap dunia pekerjaan kini lebih sesuai dilaksanakan generasi lebih muda, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui mengurus hutang negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara kerja Menteri Kewangan II yang begitu rumit.

Selain itu, ujarnya, bidang tugas jawatan dalam “Namun, saya meneruskan perkhidmatan untuk membantu YAB Perdana Menteri, kerajaan dan negara berdepan dengan gelombang ekonomi global yang tidak menentu,” katanya yang pernah melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Harvard.

Mengimbas keputusannya berundur daripada Jemaah Menteri, 27 Jun lalu, Ahmad Husni memberitahu pada pagi tersebut beliau meminta pengesahan Najib tentang pertukaran portfolionya dalam rombakan Kabinet yang akan diumum petang itu.

“YAB PM mengesahkan saya akan ditukar portfolio. Saya memaklumkan kepada YAB PM, bahawa saya telah tetapkan dalam fikiran bahawa saya akan mengakhiri dunia politik di Kementerian Kewangan.

“Saya ada satu setengah tahun sahaja lagi untuk berkhidmat. Jika saya diberi portfolio lain, tempoh satu setengah tahun tidak mencukupi untuk membolehkan saya berkhidmat dengan efektif,” jelasnya dalam catatan yang disiar Berita Harian Ahad semalam.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, beliau pada masa ini berada di fasa ketiga yang dipanggilnya sebagai fasa kematangan selepas fasa belajar dan bekerja.

“Kita tumpu masa melaksanakan amal jariah dan berkongsi ilmu dengan golongan yang berada di Fasa 1 (zaman belajar) dan Fasa 2 (zaman bekerja) ke arah memantapkan kapasiti generasi ini. Fasa ini (kematangan) juga yang akan membawa kita ke akhir hayat,” ujarnya.

Berkhidmat dalam sektor perbankan sebelum menceburi politik pada usia 31 tahun, beliau berkata, penglibatannya itu berlaku secara kebetulan dan didorong atas kesedaran integriti.

“Bolehkah kita bergantung kepada pemimpin yang tiada integriti? Apakah nasib masa depan masyarakat?” soalnya lagi yang pernah bekerja di Coopers & Lybrand, The Chase Manhattan Bank, Asiavest Merchant Bankers dan Bumiputra Merchant Bankers.

COMMENTS

Wordpress (0)