Hutang peneroka: Anak mahu Felda, FTPSB laksana pendekatan dua hala, situasi menang-menang

Hutang peneroka: Anak mahu Felda, FTPSB laksana pendekatan dua hala, situasi menang-menang

Kegagalan Felda dan Felda Tekchnoplant Sdn Bhd (FTPSB) menyelesaikan isu hutang peneroka menimbulkan kemarahan peneroka apabila diberi notis penyelesaian hutan dalam tempoh 14 hari kepada peneroka.

Walaupun Felda dan FTPSB boleh mendapatkan semula kos tanam semula dan pinjaman sara hidup, ia mestilah disusuli dengan tindakan profesional dan adil bagi kepentingan bersama.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) Mazlan Aliman berpandangan pendekatan dua hala dan situasi menang menang(win win situation) perlu dimanfaatkan tanpa emosi dan ego.

“Ugutan untuk mengambil tindakan Undang Undang dan arahan bayar dalam tempoh 14 hari hutang peneroka kepada Felda, akan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

“ANAK mengulangi kesediaan dan ruang kerjasama dengan berbagai pihak, bagi mempastikan isu isu utama yang di alami peneroka dapat diselesaikan secara baik,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh dua tokoh dilantik Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad untuk menangani permasalahan di kalangan peneroka.

Mazlan berkata, pelantikan Pengerusi FTPSB Datuk Dzulkifli Abd Wahad sejak Jun 2017 lalu, telah dipertanggungjawabkan menguruskan ladang seluas 239,909.49 hektar milik 59,569 peneroka Felda seluruh negara.

Namun Dzulkifli yang telah menamatkan perkhidmatan lebih 30 tahun di Felda sebagai Pengarah Besar Felda yang bermula dari bawah, dakwa Mazlan, telah dilayan dengan begitu buruk oleh bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad kerana berbeza pandangan mengenai penyenaraian Felda Global Venture (FGV) di Bursa Malaysia.

Mazlan turut menyentuh mengenai Pengarah Besar Felda Addul Ghani Ali yang dilantik sejak September lalu, berusaha untuk memulihkan keyakinan peneroka ketika Felda dan FTPSB bermasalah adalah satu misi yang sukar.

“Isu hutang peneroka tidak kunjung reda, samalah juga soal penyelenggaraan kebun peneroka yang tidak sempurna, yang mengakibatkan pendapatan peneroka rendah dan tidak berbaloi dengan harga yang agak stabil.

“Pengalaman luas kedua dua tokoh ini seharusnya mampu menangani isu-isu di atas yang telah lama menghantui para peneroka.

“ANAK tidak tahu apa jaminan yang dibuat oleh TS Shahrir ketika berkali kali memujuk Datul Dzulkifli menerajui FTPSB.Juga kesediaan Haji Abd Ghani,60, yang berada di ambang pencen,” ujarnya.

Sepucuk surat yang dihantar Felda kepada seorang peneroka dari Johor yang meminta peneroka menyelesaikan baki hutang bagi kos pembangunan tanam semula dan pinjaman sara hidup.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES