Malaysia Dateline

Isu debat PTR: Tajuk ‘menulis semula’ Al-Quran tidak boleh diterima sama sekali

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri memandang serius tentang isu Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 kategori bahasa Inggeris yang melibatkan topik kontroversi berkaitan Islam.

Menurut kenyataan itu , walaupun permohonan “maaf” telah dibuat, namun pejabat ini memandang serius isu tersebut kerana ia tidak menjaga sensiviti umat Islam apabila tajuk yang diberikan langsung tidak sesuai untuk didebatkan. Malah, kenyataan yang dikeluarkan ketua juri bersama pertandingan debat berkenaan berhubung “menulis” semula al-Quran tidak boleh di terima sama sekali.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, dan Islammerupakan agama Persekutuan. Namun, ia bukanlah lampu hijau bagi mana-mana pihak untuk mempersoalkan perkara yang termaktub di dalam al-Quran dan cubauntuk berdebat mengenainya.

“Ketika ini, terlalu banyak isu yang lebih relevan boleh dijadikan bahan perdebatan seperti isu rasuah, kebertanggungjawaban dan keadilan. Justeru, kenapa perlu memilih tajuk yang kontroversi itu?

“Malah, YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa juga berulang kali menegaskan amalan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diiktiraf sama sekali di negara ini,” ujar kenyataan itu pada Rabu.

Tambah kenyataan itu lagi, dalam surah al-Ankabut ayat 80 hingga 84 juga jelas menyebut tentang kisah Nabi Luth dan umatnya. Sehubungan dengan itu, tumpulah kepada sesuatu tajuk yang lebih membina negara dan bukan tajuk yang kontroversi seperti yang berlaku dalam Debat Piala Tun Razak baru-baru ini.