Malaysia Dateline

i-CATS kolej pertama di Sarawak tubuh Kelab Anti Rasuah

Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) muncul sebagai kolej pertama di Sarawak yang menubuhkan Kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR).

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Timbalan Pesuruhjaya Razim Mohd Noor semasa Majlis Pelancaran AMAR i-CATS di Dewan Serbaguna Tan Sri Aziz, i-CATS Kampus Barat, Jalan Stampin Timur di Kuching hari ini.

“Sebelum ini AMAR dikenali sebagai Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR). Ia telah dijenama semula secara rasmi pada 24 September 2019 dan melibatkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

” i-CATS pula adalah IPT Swasta yang pertama di Sarawak yang menubuhkan AMAR selepas Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan lain-lain,” ujarnya.

Beliau menambah dengan adanya penubuhan AMAR i-CATS, pelbagai aktiviti-aktiviti kolaborasi terutamanya tentang kesedaran anti-rasuah dapat diadakan pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri dalam ucapan alu-aluannya menyatakan kesedaran anti-rasuah dalam kalangan pelajar adalah amat penting.

“Belia terutamanya para pelajar merupakan bakal pemimpin pada masa akan datang.Justeru kita harus menanam nilai anti-rasuah di kalangan mereka,” tegas beliau.

Katanya, dengan peningkatan kadar jenayah rasuah setakat ini,penububan  AMAR i-CATS adalah bertepatan adalah bertepatan sekaligus akan melaksanakan banyak kesedaran dan pengetahuan mengenai integriti.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif i-CATS, Mohd Isham Fauzi, Ketua Pegawai Operasi i-CATS, Rosmawati Haji Priman, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak, Chang Ching, dan Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM Sarawak, Jutim Nyagam.
Attachments area