Iblis dalam Pakatan?-Menipu, makan gaji buta, sakau duit rakyat pun sifat iblis juga

Oleh NASUHA RAHMAN

Presiden Pas mengatakan ada iblis dalam Pakatan, antaranya disebabkan kerajaan PH telah meratifikasikan ICERD. Mulut memang tiada insuran tetapi otak kita tidak perlu dipajak kepada pemimpin.

Iblis ada di mana-mana. Sifat Iblis menghasut manusia untuk menipu, mencuri, sakau duit rakyat, ponteng tugas rasmi, makan gaji buta tanpa buat kerja, menjadi scammer dan lain-lain.

Iblis tidak buat ICERD. Ada sekurang-kurangnya 181 buah negara di dunia ini telah tandatangan dan/atau ratifikasi ICERD. Kurang daripada 20 buah negara sahaja yang tidak tandatangan dan/atau ratifikasi ICERD.

ICERD bertujuan untuk menghapuskan diskriminasi kaum dan mempromosikan persefahaman antara anggota yang menandatangani ICERD.

Menghapuskan perkauman adalah perkara yang disuruh oleh agama Islam. Isu ICERD tempohari itu hanyalah berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu dan mekanisme untuk mendapatkan pengadilan di ICJ yang mana mungkin penghakiman ICJ akan mengatasi institusi kehakiman negara.

Antara negara Islam yang telah tandatangan/ratifikasi ICERD adalah Afghanistan (1983), Azerbaijan (1996), Bahrain (1990), Bangladesh (1979), Bosnia (1993), Mesir (1967), Habsyah (1976), Ghana (1966), Indonesia (1999), Iran (1968), Iraq (1970), Jordan (1974), Kuwait (1968), Kazakhstan (1998), Lebanon (1971), Libya (1968), Maldives (1984), Mauritania (1988), Oman (2003), Qatar (1976), Arab Saudi (1997), Tunisia (1967), UAE (1974).
https://web.archive.org/…/tre…/Pages/ViewDetails.aspx…

Soalannya, adakah kesemua negara Islam itu di bawah pengaruh Iblis? Apakah ulama-ulama di sana juga di bawah pengaruh Iblis. Tidak bersetuju dengan ICERD itu tidak mengapa. Namun, menuduh Iblis dalam Pakatan bermakna ada Iblis dalam negara Islam lain.

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (Al-Isra’ : 36).

Baca juga: Kenapa 7 benda ini sangat bahaya jika ditinggalkan di dalam kereta?