Ibu ajak balik baby geleng kepala-Gelagat baby tak mahu balik dari taska buat si ibu risau

Oleh NASUHA RAHMAN

Seorang ibu dalam dilema apabila mengajak babynya balik rumah dari taska namun babynya itu enggan melepaskan pelukan salah seorang pengasuh.

Sudah tentu sebagai ibunya pasti perasaan risau akan ada apabila ingin menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak atau taska.

Dengan pelbagai isu berkenaan pengasuh dera kanak-kanak sekarang, memang wajar jika perasaan risau itu ada.

Namun, bukan semua pengasuh itu jahat. Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan gelagat seorang bayi tidak mahu balik dari taska telah mencuri tumpuan ramai.

Ibu ajak balik, tapi bersungguh-sunguh geleng kepala nak duduk dengan pengasuh

Menerusi video yang dikongsi oleh @gelagatfamily, kelihatan bayi perempuan itu sedang didukung oleh seorang pengasuh di taskanya.

@gelagatfamily

Replying to @qaqa farah87 nampaknya sampai sekarang masih taknak balik…salahkan taska😂… #fypシ゚viral #videoviral #viraltiktok #babytiktok #nursery #babysitter #foryoupage

♬ Funny – Gold-Tiger

Apa yang mencuit hati adalah apabila si ibu datang ingin mengambilnya pulang, dia menggeleng kepala beberapa kali tanda tidak mahu ikut ibunya balik.

Gelagat spontannya itu membuatkan si ibu dan pengasuh itu tergelak. Walaupun sudah diajak balik banyak kali, bayi tersebut tetap menggeleng kepala dan memeluk pengasuhnya.

Maksudnya diaorang layan budak-budak situ baik sangat sampai tak nak balik” – Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah 2.3M tontonan, 4.9K komen dan 131.4K tanda suka di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan memberikan pandangan masing-masing mengenainya.

Baca juga: Teruja jumpa nasi lemak di New York tapi bila makan ikan bilis lemau, sambal manis, nasi tak bau kelapa