Ibu asyik pilih kasih sebab kakak cantik, akhirnya terbongkar kenapa diabaikan

Oleh KIM SYAZIE

Tidak kira apa kesalahan yang ibu bapa lakukan, jangan pernah menjatuhkan hukum pada anak yang tidak bersalah.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa setelah disisih ibu sejak kecil, malah segala perhatian hanya diberikan kepada kakaknya sahaja.

Baru berusia 30-an, wanita yang mahu dikenali sebagai Syarifah A dahagakan kasih sayang seorang ibu.

Namun ibunya lebih mementingkan si kakak, ketika dirinya masih kecil alasan paling logik adalah kerana rupa kakaknya lebih cantik.

Daripada makanan hinggalah ke tempat belajar, kakak lebih diberi perhatian manakala Syarifah hanya mendapat ‘sisa’ kakak.

Selepas ibu jatuh sakit maka terbongkarlah mengapa Syarifah dilayan sebegitu rupa oleh ibunya.

Sebelum ditidurkan kerana penyakit Acute Renal FaiIure, ibunya sudah menukar semua hartanya ke atas nama kakak dan memaksa ayahnya membuat perkara sama.

Menurut ibunya dia bukan darah daging walhal surat beranak Syarifah bukan surat anak angkat dan akhirnya ayah menjelaskan sebab sebenar.

Katanya Syarifah hilang dari kantung ibunya di usia empat bulan, sedangkan ibunya sentiasa membuat pemeriksaan di klinik.

Terlalu terkejut dengan kehilangan ‘Syarifah’ ibunya membuat keputusan bertemu bomoh dan akhirnya ‘Syarifah’ kembali.

Selepas beberapa hari, ibunya bermimpi bahawa anak dalam kandungan itu bukan hasil benih ibu ayah dan ibunya sedaya upaya cuba menggugurkan Syarifah.

Apabila melihat fizikal Syarifah yang berbeza, menguatkan lagi firasat bahawa wanita itu bukanlah anaknya.

Dalam kes ini, bukanlah salah si anak jika si ibu lebih percaya orang lain melebihi tuhan, bila sudah salah, anaknya pula menjadi mangsa keadaan.

Baca juga: Bekas menantu bagi RM800 sebulan, ibu Virgoun label Inara pentingkan diri