Ibu bapa dah bercerai, pelajar sekolah menengah terpaksa bawa adik ke sekolah

Oleh KIM SYAZIE

Rakaman seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa membawa adiknya ke sekolah selepas ibu bapa mereka dilaporkan bercerai, menyentuh hati ramai.

Dalam video dimuat naik pengguna TikTok bernama @farihannaa, seorang pelajar perempuan dilihat duduk di sebelah adik lelakinya yang dalam lingkungan usia 5 atau 6 tahun.

Kanak-kanak lelaki itu duduk diam di kerusinya sambil menikmati snek di tangan, manakala kakaknya pula sedang mengikuti sesi pembelajaran.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Indonesia.

Menurut laporan AFP, pelajar itu terpaksa berbuat demikian kerana tiada orang yang boleh menjaga adiknya di rumah.

Rakaman itu sehingga kini meraih 1.3 juta tontonan dengan rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat pelajar berkenaan.

Mereka juga sebak mengenangkan perasaan anak-anak dari keluarga yang berpecah belah kerana terpaksa menggalas tanggungjawab lebih besar di usia remaja.

Baca juga: “Bukan dia paksa beli” – Ramai ‘backup’ peniaga jual ais krim harga RM18