Ibu bapa perlu tangani remaja ‘kekosongan jiwa’

Ibu bapa perlu tangani remaja ‘kekosongan jiwa’

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan ketika berbasikal di Johor Bahru awal pagi tadi.

Aminolhuda HassanPengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata, peristiwa itu harus diambil iktibar dan pengajaran supaya semua pihak sama-sama berusaha memperbaiki keadaan agar tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

“Setelah meneliti isu ini, saya mendapati apa yang berlaku pada anak muda seperti mereka merupakan salah satu tanda kekosongan jiwa mereka.

“Saya menasihatkan kawalan ibu bapa dalam kes seperti ini perlu diperbaiki agar perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru beliau mencadangkan agar diadakan tempat riadah untuk sukan yang diminati remaja seperti ini seperti trek lumba basikal, tempat riadah yang terkawal dan juga mengadakan penganjuran lumba basikal supaya bakat mereka lebih berkembang.

Lapan remaja lelaki maut manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal apabila basikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian pukul 3 pagi itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan-jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.

TAGS