Malaysia Dateline

Ibu bapa terpaksa belanja lebih lepas sekolah larang pakaian seragam tidak berjenama

Beberapa buah sekolah di Britain mengharamkan pakaian sekolah tidak berjenama untuk pelajar mereka menyebabkan ibu bapa terpaksa bergelut dengan kos sara hidup di negara itu, lapor akhbar Mirror UK.

Badan amal pakaian sekolah turut menerima banyak permohonan bantuan seragam disebabkan ibu bapa tidak mampu membeli pakaian yang mahal untuk anak mereka.

Tinjauan oleh Persatuan Kanak-kanak sebelum ini mendahkan bahawa ibu bapa membelanjakan £337 (RM1,818) secara purata untuk seorang anak di sekolah menengah dan £315 (RM1,699) untuk anak di sekolah rendah. 

Ibu kepada seorang pelajar sekolah menengah, Jenny Rosenbaum membuat petisyen supaya pihak sekolah membenarkan pakaian dari pasar raya, lapor akhbar mirror.

“Mana lebih penting antara kanak-kanak dapat bersekolah dan mendapat pendidikan berbanding pemakaian seragam yang mahal?

“Tindakan itu adalah seperti di sekolah swasta,” katanya kepada akhbar tersebut.

Pada November tahun lalu, Jabatan Pendidikan (DfE) mengarahkan pihak sekolah untuk mengehadkan bilangan barangan berjenama untuk membantu menguruskan kos.

“Kami menyediakan panduan baharu untuk pihak sekolah membantu menjadikan seragam sekolah sebagai barangan mampu milik dan memastikan nilai wang terbaik dibelanjakan oleh keluarga.

“Ini memerlukan sekolah mengekalkan penggunaan barangan berjenama pada tahap minimum dan mengehadkan penggunaannya kepada barangan kos rendah atau tahan lama,” kata seorang jurucakap DfE seperti dipetik dari Agensi.

Baca juga: Doktor perubatan hisap vape untuk promosi berhenti merokok? Bila ditanya kena cop hati busuk pula

Baca juga: Tiap bulan dapat bantuan miskin tegar JKM dan dikategori asnaf, tapi perangai kaki judi