Malaysia Dateline

Ibu buang rasa malu rayu pada ATM anaknya mengidam naik kereta kebal akhirnya tertunai

Sebelum ini kita dengar wanita hamil mengidam naik lori, ada juga mengidam naik ‘stroller’ kali ini seorang wanita hamil mengidam mahu naik kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia.

Sudah tahu ia mungkin sukar untuk dipenuhi namun ibu kepada wanita hamil itu menolak ketepi rasa malunya dan merayu meminta kebenaran ATM agar impian anaknya itu dipenuhi kerana mengidam.

Umum mengetahui setiap ibu yang hamil pasti mempunyai perasaan mengidam yang tersendiri. Apabila perasaan itu hadir, ia perlu dipenuhi demi anak yang dikandung.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @omma_ellysha76 di laman TikToknya, dipercayai dia merupakan ibu kepada wanita hamil tersebut dan demi memenuhi permintaannya, dia telah membawa anaknya itu ke Kem Angkatan Tentera Malaysia di Sungai Besi.

Videonya itu kini tular di laman sosial kesanggupan seorang ibu sangat memahami keadaan anaknya itu kerana dia sendiri sudah melalui fasa yang sedang dialami anak kesayangannya.

Ibu buang rasa malu rayu pada ATM anaknya mengidam naik kereta kebal akhirnya tertunai

Ketepikan soal rasa malunya, sebaik sahaja tiba di kawasan kem itu, Omma meminta izin kepada anggota tentera yang berada di berhampiran untuk menaiki kereta kebal tersebut.

Akhirnya, atas budi bicara anggota tentera, mereka sekeluarga dapat menaiki kereta kebal tersebut dan anaknya itu menangis gembira kerana dapat melepaskan rasa mengidamnya selama ini.

Alhamdulilah, netizen tengok pun happy sebab ibu hamil dapat naik kereta kebal!

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira apabila mereka dapat melihat keiginan ibu hamil itu akhirnya tercapai.

‘Semoga anak yang dikandung menjadi seorang pejuang tanah air, aamiin!” kata netizen.

Malah, majoriti netizen mendoakan agar anak yang dikandung oleh wanita tersebut lahir menjadi seorang yang berjuang untuk tanah air, kelak.

Baca juga: Guru kejam! Denda murid sampai maut hanya gagal jawab 2 soalan Matematik

Baca juga: Lelaki ambil nyawa sendiri dengan terjun bangunan selepas bergaduh dengan teman wanita