Ibu Jamaluddin Jarjis tuntut faraid sejumlah RM2bilion

Ibu Jamaluddin Jarjis tuntut faraid sejumlah RM2bilion

Ibu kepada Allahyaraham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis memfailkan permohonan untuk mendapatkan tuntutan faraid ke atas peninggalan harta anaknya yang dianggarkan RM2 bilion di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Jamaluddin adalah bekas Ahli Parlimen Rompin, meninggal dunia tiga tahun lalu dalam kemalangan helikopter.

Aminah Abdullah, 84, yang diwakili peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman membuat permohonan itu pada 2 Mac lalu dan pengurusan kes dilakukan hari ini.

Kamar Ainiah ketika ditemui media, dipetik berkata, permohonan itu dibuat untuk menentukan pembahagian harta pusaka Jamaluddin di kalangan mereka yang mempunyai hak kepadanya.

Beliau berkata permohonan yang dibuat oleh Aminah telah dimaklumkan kepada balu Jamaluddin, Puan Sri Dr Kalsom Ismail dan empat anaknya berusia antara 23 dan 33 tahun.

Estetnya termasuk lebih daripada 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat dan Mekah serta syarikat yang dimilikinya.

“Balu beliau memohon untuk campur tangan (dalam permohonan ini) dan bagi pihak ibu sebagai pemohon, dia (Aminah) tidak mempunyai bantahan jika ahli waris lain ingin campur tangan.

“Berikutan itu, pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Siti Zulaiha Mohamad Mansor menetapkan 13 September untuk pengurusan kes,” kata Kamar Ainiah.

Aminah yang berada di kerusi roda ditemani oleh saudara Jamaluddin, Mohamad Najeb Ali.

Aminah telah bercerai dengan ayah Jamaluddin pada tahun 1954.

Jamaluddin terbunuh pada 4 April 2015 selepas helikopter yang terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor.

Dalam kejadian itu, helikopter yang membawa enam penumpang dikatakan telah meletup di udara sebelum terhempas di kawasan

CATEGORIES