Ibu leka main TikTok, tak sedar anak dah korek pampers calit tahi di dinding rumah

Oleh WAN SITI AMINAH

Gara-gara terleka bermain TikTok, seorang wanita langsung tidak perasan bahawa tahi anaknya sudah bertaburan di atas karpet rumah.

‘Mengorek’ tahi tersebut dari lampin yang dipakainya, kanak-kanak yang berusia dua tahun itu turut mencalit najisnya sendiri di dinding.

Satu rumah sudah berbau busuk, wanita tersebut hanya menyedari keadaan tersebut apabila diberitahu oleh abang kepada anak kecil itu.

Ketika kejadian berlaku, wanita yang merupakan pencipta kandungan di TikTok itu sedang merakam video ‘content’ berbayar di dalam biliknya.

Selepas diberitahu anaknya, ibu kepada tiga cahaya mata itu segera keluar dari bilik sebelum menemui tahi tersebut di lantai ruang tamu dan dinding rumah.

Anak bongsunya pula ditemui dalam keadaan berlumuran najis di sebelum dibawa masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

“Masa itu, saya tengah rekod video content berbayar dalam bilik. Tiba-tiba anak nombor dua datang dan beritahu yang adik main berak (tahi).

@masmi_rashid

SAYA BUKAN MAK YANG BAGUS. LEKA DENGAN DUNIA. I’M SO SORRY SAYANG 😭 #fyp #fypシ゚viral #ragamanak

♬ original sound – Masmi Rashid – Masmi Rashid

“Saya terkejut jadi terus ke ruang tamu. Banyak tahi atas karpet di merata-rata tempat. Satu rumah busuk bahu tahi.

“Saya jumpa dia dalam keadaan comot sampai termuntah. Saya dukung dia terus bawa masuk ke bilik air,” katanya memetik Mstar.

Tular di media sosial, rakaman kejadian tersebut turut dikongsi wanita berkenaan menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya, @masmi_rashid.

Mengundang tanda tanya, Masmi yang mulanya menyangka anaknya turut memakan nasjis itu tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Oleh kerana mulut anaknya comot ketika ditemui, Masmi sempat menghidu dan mendapati anggota badan anaknya itu langsung tidak berbau busuk.

Rupa-rupanya kesan comot di mulut itu datang daripada biskut Oreo yang diberi Masmi sebelum wanita itu beredar masuk ke dalam bilik.

“Baru teringat yang saya berikan Oreo sebelum nak buat content. Lepas siap uruskan anak, saya cuci karpet dan buang tahi pada dinding,” Jelasnya.

Masmi mula mencipta kandungan (content) di TikTok sejak tiga bulan lalu dan menjadikannya sebagai punca pendapatan selepas hilang pekerjaan.

Baca juga: Kalau jumpa emas di tanah sendiri, boleh ke tuan tanah sorok dari kerajaan negeri? Ini jawapan paling logik