Ibu MB Selangor meninggal dunia

Ibu MB Selangor meninggal dunia

Ibu kepada Menteri Besar Selangor, Che Tom Yahaya meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara, pada jam 2.14 pagi tadi.

Ibu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara, pada jam 2.14 pagi tadi.

Che Tom Yahaya, 82, sebelum ini dirawat di pusat perubatan swasta itu selepas mengalami serangan angin ahmar pada 10 Oktober lalu.

Keadaan Che Tom kritikal selepas beliau sekali lagi diserang angin ahmar pada minggu lalu.

Setiausaha Politik Azmin, Shuhaimi Shafiei berkata dalam satu kenyataan bahawa jenazah dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi pengurusan dan solat jenazah.

“Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Klang kira-kira jam 9 pagi ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate pada jam 11 pagi.

“Didoakan semoga Allahyarhamah Bonda Che Tom dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat,” katanya.

TAGS