Seorang ibu sanggup meminta guru sekolah untuk membayar ganti rugi selepas anaknya gagal membawa pulang bekas pensil ke rumah.
Perkara tersebut terbongkar setelah satu tangkap layar memaparkan pesanan sang ibu kepada guru sekolah itu ditularkan di media sosial.
Menerusi aplikasi Whatsapp, ibu tersebut memaklumkan bahawa anaknya menghilangkan bekas pensil tersebut di sekolah.
Bukannya menegur kesilapan anak, ibu tersebut malah meminta guru kelas untuk bertanggungjawab di atas kehilangan itu.
Merupakan bekas pensil yang berjenama, ibu pelajar berkenaan turut menuntut agar guru anaknya menampung ‘kerugian’ yang dialaminya itu
Hal ini kerana, ibu itu mendakwa bahawa sudah menjadi tugas guru untuk memastikan anak murid membawa pulang barang kepunyaan mereka.
“Salam cikgu. Bekas pensil anak saya hilanglah. Mahal tau saya beli jenama ‘Kanken’ tu. Boleh ke saya minta ganti rugi dengan cikgu?
“Cikgu tak periksa ke bekas pensil anak saya sebelum balik,” soal guru itu menerusi tangkap layar yang dimuat naik di laman Twitter @isusemasaviral.
Carian di portal membeli belah atas talian mendapati bekas pensil berjenama buatan Sweeden itu dijual dengan harga RM149.
Menyita perhatian, rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan ibu itu meminta ganti rugi daripada guru sekolah.
Sudah menjadi lumrah kanak-kanak kerana belum pandai menjaga barang peribadi, ibu itu tidak patut meletakkan kesalahan di bahu guru.
Boleh mencorak peribadi dan akhlak kanak-kanak, ibu bapa juga tidak seharusnya menunjukkan sikap yang negatif kepada anak.
“Inilah punca kenapa generasi jadi semakin bukan-bukan. Ibu bapa pun perangai makin pelik,” berang seorang pengguna.
“Anak-anak kecil memang lumrah asyik hilangkan barang. Beli pensil warna yang ada 100 batang pun balik tinggal dua batang juga.” Kata pengguna lain.
Baca juga: Jejaki kanak-kanak mirip Puteri Sarah, Raisuddin Hamzah rela redah 7 jam perjalanan