Malaysia Dateline

Azmin Ali

Ibu mentua MB Selangor meninggal dunia

Siti Rahmah Ismail iaitu ibu mentua kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggal dunia akibat barah di Hospital Gleneagles Ampang pada 4.25 petang tadi.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata jenazah Siti Rahmah, 80, dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang untuk solat jenazah.

Jenazah pula akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Hulu Kelang.

“Didoakan semoga Allahyarham Hajah Siti Rahmah Ismail dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat,” katanya dalam kenyataan hari ini.