Sekeping gambar kanak-kanak dengan kebengkakkan mata yang luar biasa menjadi tanda tanya di kalangan pengguna media sosial.
Ramai yang tertanya-tanya adakah gambar itu benar-benar sahih atau hanya editan khas semata-mata.
Rupa-rupanya kanak-kanak dalam gambar terbabit merupakan seorang pesakit kanser neuroblastoma tahap empat.
Ibu kanak-kanak terbabit, Roslinda Harun membuat hantaran di laman Facebook miliknya dengan harapan orang ramai akan mendoakan anaknya.
Katanya, dia tidak berniat untuk meraih simpati melainkan berharap agar doa rakyat Malaysia dapat meringankan beban sakit anaknya.
Kanser saraf tahap empat itu menyebabkan kesihatan anak kecil yang bernama Nik Raisya Aulia Nik Rashimie Bukhari itu semakin merosot.
“Bukan simpati yang ku inginkan. Tapi yang ku inginkan adalah doa. Doa semua orang untuk anak syurga. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan perkenankan doa kita semua.
“Mak mana yang tidak sedih tengok anaknya menderita kesakitan setiap hari tanpa ubat-ubatan. Dengan mata yang bengkak lepastu luka dalam mata akibat ketumbuhan,” katanya.
Rata-rata pengguna sosial meluahkan rasa simpati mereka dan mendoakan agar adik Raisya segera dikurniakan kesembuhan.
“Allah, tak sanggup nak tengok sayang keadaan awak, bertapa sakitnya. Semoga Allah permudahkan segala urusan adik sekeluarga,” komen seorang pengguna bernama Nor Haryatie.
“Allahhuakbar, semoga adik kuat. Berat mata memandang, semoga Allah angkat kesakitan adik,” komen pengguna lain.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio