Ibu pengulas politik terkenal meninggal dunia

Ibu pengulas politik terkenal meninggal dunia

 Mohd Sayuti Omar (kanan)  ketika tiba di kampung halamannya petang tadi.

Ibu kepada pengulas politik terkenal, Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan  pena MSO, Mek Thom Salleh meninggal dunia pagi tadi.

Arwah meninggal di hospital Machang jam 9.30 pagi tadi dan dibawa pulang ke kampung halamannya di Gual Periuk, Rantau Panjang.

Mohd Sayuti yang tiba selepas waktu Asar berkata solat jenazah disempurnakan di masjid mukim di Pekan Gual Periok.

“In sha Allah semua urusan akan disempurnakan sebelum masuk waktu maghrib,” katanya.

Beliau merupakan anak sulung dari lima beradik.

“Dua dari tiga adik perempuan saya telah meninggal dunia,” katanya.