Malaysia Dateline

Ibu penyanyi ‘Mahligai Syahdu’ meninggal dunia

Ibu kepada penyanyi, Datuk Hattan Shahabudin iaitu Hindon Md Sani meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang jam 3.30 petang, hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun.

“Kali terakhir saya bertemu dengan arwah ketika majlis pengebumian arwah abang ipar, semalam.

“Semalam, kakak menghubungi saya menerusi panggilan video memberitahu arwah sakit dada. Saya kemudian memintanya lihat jika arwah ada muntah atau tidak,” dipetik BH Online.

Penyanyi ‘Mahligai Syahdu’ itu memberitahu beliau segera meminta kakaknya membawa arwah ibu mereka ke hospital sejurus muntah kerana menganggap itu petanda sakit jantung.

“Keadaannya semakin kritikal apabila tekanan darah menurun dan paru-paru semakin lemah.

“Seharian kami menunggu kerana perlu melalui pelbagai prosedur operasi standard (SOP) hospital sebelum dibenarkan melawatnya. Namun, doktor memaklumkan arwah sudah tiada, tidak lama kemudian,” katanya lagi.