Ibu resah bayi tak berhenti nangis dalam pesawat, nasib baik ada pramugari bantu

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya ibu-ibu resah memikirkan keadaan anak mereka dalam pesawat apatah lagi jika ia mengambil masa yang sangat panjang untuk ke destinasi seterusnya.

Namun dengan bantuan prmagurai di China ini, seorang ibu menghela nafas lega apabila berjaya menenangkan anaknya yang tak berhenti menangis.

Pramugari yang tidak dinamakan itu sedang bekerja dalam penerbangan domestik China dari Jilin ke Chengdu apabila dia campur tangan untuk membantu menenangkan bayi penumpang.

Dalam video penerbangan itu, pramugari itu dilihat membawa bayi yang sudah bertenang dalam pelukannya dan menepuk perlahan-lahan semasa penerbangan.

ibu

Seorang penumpang yang tidak dikenali merakamkan pertolongan pramugari dan ibu tersebut sebelum ia tular dalam talian lapor SCMP.

Kisah ini telah tular di media sosial China, dan ramai pembaca memuji pramugari itu.

“Pramugari yang cantik itu penuh dengan sifat keibuan,” kata pengguna media sosial.

“Lihat, bayi itu kelihatan sangat gembira. Betapa lembut dan penyayang pramugari itu,” ulas pengguna lain.

Pastinya emosi ibu akan terganggu jika anak meragam di dalam kapal terbang apatah lagi terpaksa berhadapan dengan pandangan sinis pemumpang lain.

Baca juga: KWSP kongsi tips kewangan, netizen kata ‘luluskan je lah KWSP bersasar’