“Ibu sayang Damin sangat… sebab Damin sangat baik”,luah ibu remaja mangsa main bakar-bakar

Oleh NASUHA RAHMAN

Ibu remaja mangsa ‘main bakar-bakar’ menzahirkan rasa sedih diatas pemergian anak kelimanya petang semalam gara-gara guruan daripada kawannya.

Ibu remaja mangsa ‘main bakar-bakar’ maklum jenazah anaknya dikebumikan lewat petang ini selepas post mortem

Melalui Facbooknya Hazinawaty Hj Abu Bakar memaklumkan anaknya Muhammad Damin Mikhail Bin Kamsol yang berumur 16 tahun telah pergi ke rahmatullah petang semalam kira-kira pukul 3 petang.

Maklumnya, anak lelakinya meninggal dunia kerana kebakaran sebelum itu beliau sudah kehilangan anak lelaki pada 3 tahun yang lalu akibat kencing tikus.

“Meninggal akibat kebakaran (adik arwah Muhammad Haikal danial Bin Kamsol yg meninggal 3 tahun lalu .akibat virus kencing tikus).

“Meninggal akibat kebakaran ..(boleh rujuk berita harian & harian metro, ini semua kes gurau kawan-kawan Damin sendiri…main bakar-bakar kat sofa yang arwah sedang tidur.

"Ibu sayang Damin sangat... sebab Damin sangat baik",luah ibu remaja mangsa main bakar-bakar
Lokasi mangsa main bakar-bakar

“Sama2 kita sedekah al-fatihah buat arwah . Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan org yang beriman.

“Ibu sayang Damin sangat ..sebab Damin sangat-sangat baik,” luah ibunya.

Katanya, jenazah Damin maseh di hospital Sungai Buloh untuk post mortem dan urusan pengkebumian mungkin pada lewat petang ini.

“Doakan semuanya di permudahkan, Aamiin,” tulis beliau.

Semalam, gara-gara ingin bergurau dengan rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.35 petang dan apabila tiba di lokasi didapati api telah padam serta menemukan Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, yang rentung di tandas awam.

“Bomba seterusnya mengeluarkan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Baca juga: Tidak sampai setahun, Gardenia naik harga roti lagi September ini

Baca juga: Kegembiraan bertukar tragedi, lelaki maut dipanah petir ketika ambil gambar