ICERD: Lihat secara terbuka,relevan untuk negara Israel, kata Nik Zawawi

ICERD: Lihat secara terbuka,relevan untuk negara Israel, kata Nik Zawawi

Timbalan Ketua Dewan Ulama  Pas Datuk Dr Nik Zawawi Salleh menyifatkan ICERD merupakan satu isu yang perlu dilihat secara terbuka.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama dan Ahli Parlimen Pasir Puteh ini, ICERD sepatutnya diketengahkan di negara yang dilihat bersikap berat sebelah seperti di Israel .

“Badan Antarabangsa ini sepatutnya melabelkan ICERD kepada negara Israel yang dilihat membunuh manusia siang malam, pagi dan petang.” ujarnya seperti dipetik dalam portal media parti hari ini.

Beliau juga turut menggesa agar badan yang terlibat melabelkan ICERD ini kepada kerajaan Mynmar, China dan Afrika yang dilihat bertindak kejam terhadap golongan lain sehingga sanggup membakar manusia di tengah bandar kerana perbezaan agama.

Sebaliknya, di Malaysia terbukti sejak merdeka hingga kini rakyat hidup aman damai dan turut dinyatakan dalam majalah antarabangsa bahawa satu-satunya negara yang menerima pendatang, diberi kerakyatan tetap, peluang perniagaan, dan peluang bertanding dalam pilihan raya.

Tegasnya ketika menyokong ucapan Tuan Guru Presiden berkenaan Isu ICERD di parlimen baru-baru ini.