ICERD: Mujahid bertemu 10 NGO Islam

ICERD: Mujahid bertemu 10 NGO Islam

Seramai 34 orang yang mewakili 10 NGO Islam yang terdiri dikalangan wakil mahasiswa,ahli akademik serta para peguam telah bersama membincangkan mengenai isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Pertemuan yang diadakan selama hampir kira-kira tiga jam bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa itu berlangsung secara harmoni dengan semua pihak melontarkan pandangan, cadangan dan ada juga yang menyatakan kebimbangan sekiranya Malaysia meratifikasi ICERD.

Dr Mujahid dalam kenyataannya berkata,tiada sesiapa mahu menggadaikan prinsip negara serta menjejaskan agama Islam sebagai identiti negara ini.

Justeru sebagai menteri agama yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal Islam, akan dibawa kepada penelitian kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya mendengar dengan teliti dan amat menghargai segala input yang diberi oleh semua pihak yang hadir.

“Insya-Allah, selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, hasil pertemuan pada malam tadi akan dibawa kepada pihak berwajib agar penelitian dapat dilakukan.

“Ia selari dengan pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar rundingan dilakukan terlebih dahulu sebelum menandatangani ICERD,” ujarnya dalam kenyataan.

Sebanyak 10 NGO Islam mengadakan pertemuan dengan Datuk Dr Mujahid Yuso Rawa yang berlangsung di   Dewan Masjid Tuanku Mizan untuk menyalurkan input ke atas kemungkinan ratiikasi ICERD oleh kerajaan Malaysia.

Pada 26 Oktober Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Namun pada 31 Oktober, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum Malaysia meratifikasi ICERD.

COMMENTS