Malaysia Dateline

Idris Ahmad cemarkan imej akhlak muslim

Kononya berbangga dengan pantun yang dicipta Naib Presiden Pas Idris Ahmad yang dikongsi dalam laman facebook media rasmi Pas, malangnya bukan mendapat pujian tetapi kecaman daripada netizen.

Pantun dua rangkap Idris yang menyindir kerajaan Pakatan Harapan dianggap netizen satu sikap yang tidak sesuai dengan imej seorang alim ulama apatah lagi Pas itu sendiri yang mendaulatkan Islam.

“Macam ni ke ajaran Islam yang PAS tunjukkan ke rakyat Malaysia.. menanam sifat benci membenci.. berkata buruk tentang orang lain..,” tulis Kahirul Lejen.

“Terbaik la akhlak Tuan, risau wooo.. jika dicontohi generasi muda kini… matang sungguh. kipidup,” perli Ahmad Firi Zainul.

“Tak sangka pulak seorang Ustaz boleh berkata demikian rupa.. memang jauh bezanya seorang Ustaz yang berpolitik dan Ustaz yang tiada kaitan dengan politik,” kata Wan Mohd Nazmie.

Ramai yang tidak bersetuju cara celaan yang dilontarkan pemimpin seperti Idris Ahmad yang menggambarkan akhlak sebenar seorang muslim.

“Maaf saya tak setuju dengan cara celaan sebegini yg tidak menggambarkan AKHLAQ seorang muslim apatah lagi ulama’ yg tidak lebih menunjukkan keaiban diri sendiri,” komen Aslam Selamat.

Bahkan bagi netizen Pas yang menjadi sebahagian daripada kerajaan hari ini tidak sepatutnya membangkitkan kelemahan kerajaan lama sebaliknya memperkemaskan pentadbiran hari ini dengan melaksanakan tuntutan rakyat.

“Sepatutnya sekarang bukan masa nak raikan kejatuhan Kerajaan PH. Pas kena lebih matang bila dalam Kerajaan PN dan cuba selesaikan masalah-masalah rakyat bila dah ada kuasa. Yang ni bila dah ada kuasa, rendahkan pihak lain pula. Pelik,” komen Muhammad Hafizuddin Yahaya.

“Rasanya lagi bagus, kalau war-warkan, apa yg PN buat dan apa sumbangan Pas dalam PN, selama setahun ni…..baru rakyat nampak dan akan terus undi PN dan Pas…..dan yg x sokong PN akan sokong….yang menyampah akan jadi sayang….x gitu Admin..,” komen Dik’A Azhar.

Terdahulu, FB Harakahdaily berkongsi satu poster yang tertera gambar Idris Ahmad dengan dua rangkap pantun yang diciptanya dalam Bicara Harakah yang bertajuk Setahun Kejatuhan Kerajaan PH.