Malaysia Dateline

Idris Ahmad perlu jelaskan hukum syarak Najib hadir perayaan Thaipusam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad perlu menjelaskan kedudukan hukum syara’ berkaitan kehadiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke perayaan Thaipusam di Batu Caves semalam.

Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, perayaan Thaipusam dianggap sebagai perayaan keagamaan (agama Hindu) dan bukan satu perayaan kebudayaan kaum India.

“Bagi umat Islam, kita menghormati amalan setiap agama, tetapi adakah kehadiran beliau (Najib) sebagai seorang Muslim ke perayaan Thaipusam tersebut menyalahi hukum syara’?” soal beliau.

Katanya, Menteri Agama mempunyai autoriti untuk menjelaskan perkara ini kerana Irsyad fatwa#248 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 8 Oktober 2018 ada menjelaskan bahawa memasuki rumah ibadat bukan Islam bagi perayaan keagamaan adalah ditegah.

Justeru katannya, perkara ini penting untuk dijelaskan oleh Menteri Agama supaya masyarakat Islam dalam negara ini tidak keliru.

“Janganlah bila sudah jadi kerajaan, Pas menjadi seperti singa dalam zoo, sedangkan mengucapkan hari valentine pun dianggap haram oleh Pas.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.

Perayaan ini disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewan Subramaniam.