Malaysia Dateline

Idris Haron diminta muhasabah diri sebelum perlekeh gandingan Mahathir-Muhyiddin

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron diminta bermuhasabah diri selepas Barisan Nasional (BN) Melaka tewas pada PRU14 lalu.

Bekas menteri besar Melaka itu dilihat gagal untuk mempertahankan kubu kuat BN malahan turut tersingkir dalam pemilihan parti Umno di peringkat nasional dan bahagian tidak layak untuk mempertikaikan kepimpinan Bersatu.

Datuk Seri Idris Haron
Datuk Seri Idris Haron

“Ini bermakna, kepimpinannya bukan sahaja ditolak oleh rakyat negeri Melaka, tetapi juga ditolak oleh ahli Umno Tangga Batu dan perwakilan Umno seluruh negara.

“Banyak pihak berpendapat individu bernama Idris Haron sudah tidak relevan dalam arus politik negara dan Negeri Melaka.

“Ada kemungkinan besar beliau tidak akan dicalonkan oleh BN sendiri untuk bertanding di mana-mana kerusi di Melaka Pada PRU15,” ujar Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dalam kenyatannya hari ini.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan dibuat Idris yang mendakwa gandingan Pengerusi Bersatu Tun Dr. Mahathir dan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai gagal meraih sokongan pengundi di PRK Semenyih, adalah tidak wajar dan keterlaluan.

Mohd Rafiq yang juga Exco Perindustrian,Perdagangan dan Pelaburan Melaka berkatA, Idris sepatutnya memberi fokus kepada kariernya yang tidak menentu ketika ini berbanding mencampuri urusan Bersatu, Pakatan Harapan dan mempertikaikan kepimpinan Dr. Mahathir dan Muhyiddin.

“Sekurang-kurangnya insan bernama Dr. Mahathir telah mencipta sejarah dunia apabila beliau berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk kali Ke 2 pada usia 93 tahun selepas 22 tahun mentadbir negara dengan penuh cemerlang.

“Sekurang-kurangnya juga, Tan Sri Muhyiddin berjaya melakar sejarah menubuhkan dan memimpin sebuah parti baharu, Bersatu dan kembali menjadi kerajaan dalam masa kurang 2 tahun parti ditubuh.

“Individu yang dipertikai jauh lebih berjaya & berkredibiliti tinggi berbanding individu yang mempertikaikan,” ujarnya.