Malaysia Dateline

Idris, Nor Azman dilucut keahlian Umno

Keahlian Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan dalam Umno sudah terlucut.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi memberitahu surat perlucutan keahlian bertarikh 5 Oktober akan diserahkan kepada kedua-dua wakil rakyat terbabit hari ini.

“Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan Umno, seseorang ahli yang menang bertanding, tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas DUN (Dewan Undangan Negeri) atau Dewan Rakyat, akan gugur keahlian dengan sendirinya.

“Jadi, jika kedua fasal ini dibaca bersama, maka Datuk Nor Azman dan Datuk Seri Idris Haron tergugur dengan sendirinya sebagai ahli Umno bermula pada semalam (kelmarin),” katanya selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Biro Politik UMNO Melaka di sini malam tadi.

Terdahulu, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang dan Nor Azman (Pantai Kundor) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri bersama dua lagi ADUN Bebas dan Bersatu.