Malaysia Dateline

Idrus Harun dilantik Peguam Negara baharu

Selaras dengan fasa (1) perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Tan Sri Idrus Harun Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2020.

Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada tan Sri Tommy Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Perdana Menteri.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 februari 2020.

Tommy Thomas telah meletakkan jawatan sebelum kontrak dua tahunnya tamat pada Jun, beliau berbuat demikian kerana perubahan politik.

“Apabila perdana menteri meletakkan jawatan, saya wajib berbuat demikian kerana saya dilantiknya. Juga penting untuk saya ketepi supaya perdana menteri boleh melantik peguam negaranya,” katanya,

Beliau juga berkata keputusan untuk berundur ekoran perubahan politik di tampuk pemerintahan seiring dengan tradisi di United Kingdom dan demokrasi matang lain.