‘Ikan free!’, lepas ayam dan beras, geng lelaki bertopeng ini datang bawa ikan siakap pula

Oleh KIM SYAZIE

Sekumpulan lelaki bertopeng terus menabur bakti apabila mengagihkan ikan siakap percuma kepada penduduk di sekitar Taman Medan, Petaling Jaya.

Menerusi klip video berdurasi 1 minit dikongsikan @xyzteamproject, sebuah trak pikap digunakan untuk mengagihkan ikan segar, dengan penduduk sekitar mengerumuni kumpulan pemuda itu.

Penjaja yang berniaga di sekitar juga tidak melepaskan peluang mengambil ikan percuma.

Bukan itu sahaja, kumpulan pemuda bertopeng itu juga memborong kesemua makanan yang dijual sebahagian peniaga tepi jalan, sebelum mengagihkan secara percuma kepada orang awam.

Mereka dilihat memegang plakad tertulis bukan pempengaruh mahupun selebriti. Mereka adalah orang biasa-biasa.

“Ikan itu tidaklah mahal mana pun, tapi bila orang yang menerima ikan senyum buat kita rasa terharu sangat.

“Steady bro teruskan berdekah. Semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan semua,” komen pengguna TikTok.

Orang ramai turut mendoakan kebaikan buat kumpulan pemuda itu untuk terus menabur kebaikan kepada masyarakat.

Baca juga: Baru tahu sabun pencuci pinggan boleh bersihkan tandas, lebih berkilat dan jimat!