Imej gunung yang digelar ‘ikan gurun’ yang dirakamkan seorang jurugambar di padang pasir di bandar daerah Al-Ula, Arab Saudi dilihat mencetuskan perdebatan warganet.
Ada pengguna media sosial berpendapat bahawa struktur persis seperti ikan berenang itu adalah tinggalan binatang laut gergasi yang pupus jutaan tahun lalu.
Walau bagaimanapun, jurugambar terbabit, Khaled Al Enazi menafikan imaginatif tersebut dan berpendapat ia adalah batuan pasir yang terbentuk disebabkan banyak faktor.
Terdahulu, beliau merakamkan imej luar biasa itu ketika menggunakan dron yang meninjau khazanah arkeologi di daerah tersebut.
“Semasa saya sedang mendokumentasikan kawasan itu, tiba-tiba pemandangan gunung muncul di hadapan saya yang bentuknya mirip ikan berenang separuh badan di padang pasir,” lapor CNN.
Khaled berkata, dia mungkin bukan orang pertama menemui perbentukan batu itu, tetapi percaya ia perspekstif dari sudut berbeza pandangan udara.
Baca juga 2,113 kandungan video di TikTok kena padam – Awas buat penyebar berita palsu, provokatif!
Baca juga Pelik tapi benar, lelaki masak ayam guna mesin pembancuh kopi