IKEA tarik balik 8,539 lapik dada bayi, risiko tercekik

IKEA tarik balik 8,539 lapik dada bayi, risiko tercekik

Gergasi kelengkapan perabot rumah IKEA akan menarik balik sebanyak 8,539 lapik dada bayi Matvra yang dieksport  ke China berikutan terdapat potensi bahaya tercekik, lapor agensi berita Xinhua.

Lapik yang mempunyai butang, berwarna biru serta merah itu dikeluarkan antara 1 Janurai hingga 13 September, menurut IKEA dalam satu kenyataan.

Setakat ini, dua kes butang tertanggal dilaporkan di negara asing, tetapi tidak menyebabkan kecederaan.

Syarikat itu menggesa semua pelanggan yang telah membeli produk itu berhenti menggunakannya dan mengembalikan semula ke IKEA untuk mendapatkan gantian atau bayaran balik.

— BERNAMA