Iklan jual rumah teres berharga RM250,000 di Shopee raih perhatian

Oleh KIM SYAZIE

Satu iklan penjualan rumah teres setingkat yang didapati dijual platform e-dagang, Shopee menarik perhatian ramai.

Rumah teres yang terletak di Kluang itu dijual pada harga RM250,000, lapor Sinar Harian.

Iklan tersebut turut memaparkan gambar keadaan dalam dan luar rumah berkenaan.

Pemilik turut memberikan keistimewaan kepada pelanggan untuk membayar rumah tersebut menggunakan Shopee Pay Later tanpa perlu membuat pinjaman perbankan.

Menerusi kaedah pembayaran tersebut, pembeli dibolehkan membeli dahulu dan membayar kemudian dengan beberapa kaedah pembayaran.

Difahamkan melalui SPayLater, pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan.

Nampaknya Shopee membawa platform mereka ke aras satu tahap lebih tinggi jika pembeli mempercayai urusan jual beli hartanah melalui platform itu.

Pun begitu untuk anda yang tidak tahu, SpayLater hanya menyediakan ansuran bulanan paling lama adalah 12 bulan.

Baca juga: Setiap jumaat mesti nampak PMX pakai capal ini, rupanya orang ini hadiahkan