Malaysia Dateline

Ikon pemotoran anak muda ‘kantoi’ tiada lesen kenderaan

Seorang anak muda yang sebelum ini diangkat sebagai ikon permotoran didapati ‘kantoi’ tidak memiliki lesen memandu.

Gambar salinan kertas saman itu tular hingga mengundang kecaman dan sindiran orang ramai.

Rata-rata warganet menempelak tindakan memberi ruang kepada anak muda berkenaan sebelum ini untuk memberi ceramah di sebuah sekolah menengah minggu lalu.

“Sembang gebang ikon pemotoran konon, lesen pun takde rupanya,” komen seorang warganet.

Sementara itu, Fazli Ali pula menyindir individu terbabit boleh diundang untuk memberikan ceramah.

“Sekolah boleh jemput beri peluang ketiga. Lesen takda boleh berjaya dengan Tiktok,” katanya.

Tidak kurang juga yang secara sinis berharap Putrajaya menjemput pemuda tersebut untuk memberikan ceramah motivasi.

“Suruh dia buat motivasi di JPM (Jabatan Perdana Menteri) pula lepas ni,” kata Muaz Zakaria.

Baca juga ‘Kalau firaun masih hidup, dia dah jadi tetamu beri motivasi’, warganet terus kecam sekolah buka pintu pada ‘mat rempit’