Ikram sokong gagasan Rahmatan Lil Alamin

Ikram sokong gagasan Rahmatan Lil Alamin

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menyokong penuh usaha kerajaan untuk mereformasi institusi dan menyokong gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin yangsedang dilaksanakan kerajaan, kata Presidennya Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

“Ia selari dengan visi Ikram yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara rahmah berdasarkan 12 ciri berasaskan Islam,” ujarnya dalam kenyataan.

Sebelum ini Ikram pada 17 November mengadakan Perhimpunan Tahunan pertuuuhan itu di Putrajaya telah mengetengahkan sumbangan pelbagai pihak dalam pembinaan Malaysia Baharu.

““Mengetengahkan solusi Ikram sebagai pertubuhan dakwah yang aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.”

“Ikram adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam, berusaha menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam,” ujarnya.

Sejak ditubuhkan Ikram mempunyai cawangan di 15 negeri dan 88 kawasan di seluruh negara serta mempunyai keahlian lebih 20,000 orang.

“Matlamat yang ingin dicapai daripada perhimpunan kali ini ialah meningkatkan kesedaran semua pihak tentang kepentingan untuk bersama-sama menyumbang dalam proses pengislahan negara,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang hadir menyampaikan ucaptama “Malaysia Baharu: Peranan NGO dan NGI”.

Loading...

Perhimpunan yang diadakan itu dihadiri lebih 3,000 orang yang terdiri daripada pemimpin, ahli dan penyokong IKRAM dari seluruh negara bagi merapatkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat perjuangan.