Ikram yakin Tun Mahathir bersungguh bina semula negara

Mohd Parid, presiden Ikram.

Ikram yakin Tun M bersungguh membina semula negara selari dengan prinsip ‘rahmatan lil alamin’, kata Mohamad Parid.

 

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Mahathir Mohamad yang telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 semalam.

Ikram percaya kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Mahathir akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tindakan-tindakan bagi membina semula negara selari dengan prinsip ‘rahmatan lil alamin’.

“Dengan pengalaman luas Tun Mahathir, dibantu pemimpin-pemimpin PH yang kompeten dan berintegriti, Ikram percaya bahawa usaha-usaha bagi membawa negara ke landasan yang betul dapat dijayakan,” kata Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden Ikram.

Semoga segala usaha membina negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya seterusnya membawa Malaysia ke era baharu yang lebih maju dan makmur dengan tadbir urus yang baik, insya-Allah, tambah beliau.

 

COMMENTS

Wordpress (0)