Malaysia Dateline

Iktibar dari pemergian Shebby, ketahui detak jantung maksimum anda

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Serbegeth Singh yang sinonim dengan panggilan Shebby Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun petang semalam.

Mendiang kena serangan jantung ketika berbasikal. Saya tidak nampak mendiang menggunakan heart rate monitor sama ada jenis strap dada atau jam tangan.

Apa yang saya belajar dari sports doctor, kita perlu beriadah setakat 80 hingga 90 peratus daripada kadar denyutan jantung maksimum.

Anda boleh jumpa ahli kardiologi buat maximal treadmill atau bicycle stress tests untuk mengetahui apa maximum heartbeat anda.

Tetapi kiraan mudah maximum heartbeat ialah 220 – umur. Jika umur 50, maximum heartbeat ialah 220 – 50 = 170.

Jika anda orang muda anda boleh riadah 90% dari 170 iaitu 153.

Maknanya bila riadah, heartbeat jangan lebih 153. Jam yang berjenama baik, anda boleh set alarm jika had detak jantung (HR) dilepasi.

Jika anda berumur, setakat 80% sudah memadai. HR yang rendah dari itu mungkin anda tidak dapat manfaat daripada riadah yang dilakukan.

Saya riadah menggunakan jam Garmin Solar instinct yang mempunyai heart rate monitor dan pastikan beriadah antara 120-130 heartbeat. Kadangkala terlajak juga 140 bpm.

Sudah tentu heart rate monitor sports watch tidak tepat seperti heart rate strap di dada. Banyak jam tangan sukan sekarang ini mempunyai heart rate monitor dengan harga mampu beli.

Jika anda tidak fit, jangan cuba riadah dengan kaedah HIIT, which is very taxing to the heart. Anda boleh cuba kaedah MAF jika anda seorang pelari.