Ikut tips ini untuk lembutkan daging raya korban, tak perlu pun guna air!

Oleh KIM SYAZIE

Bila sebut tentang cara lembutkan daging, pasti kita terbiasa dengan petua lama iaitu merebus daging sekitar 45 minit hingga 1 jam untuk mendapatkan tekstur lembut dan tidak liat. Tetapi jika ada pressure cooker, 15 minit pun dah boleh lembut.

Namun kita juga faham, bukan semua orang mempunyai periuk berkenaan di rumah. Masa pun kadangkala tak banyak untuk menunggu sehingga daging empuk.

Di sini kami kongsikan tips dari seorang pengguna Facebook, Ena Rashid yang memberi panduan bagaimana mahu melembutkan daging tanpa masa yang lama, dan paling unik, tanpa perlu menggunakan air.

Yang pasti, isi dagingnya lembut, mudah disiat dan dikunyah untuk dinikmati oleh seisi keluarga.

Tips daging cepat lembut

Nak kongsi tips cara cepat nk lembutkan daging. Tak payah guna pressure cooker atau letak segala sudu besi dalam tu.

Setengah jam dah boleh lembut.

MashaAllah rasa nak berterima kasih sangat-sangat dekat orang yang kongsi tips ini hari itu.

Kalau dia terbaca post saya ni saya doakan semoga Allah SWT permudahkan semua urusan kamu.

Sesungguhnya kamu dah memudahkan hidup saya bila nak masak daging.

Lembutkan daging tanpa perlu guna air

1. Potong daging, basuh bersih-bersih dan letak dalam periuk.

2. Rebus tanpa letak air.

3. Guna api paling perlahan je rebus untuk matikan air dalam daging tu. Tak payah tutup periuk.

4. Air daging dah mati (keluar semua), selesai! Confirm daging korang lembut.