Malaysia Dateline

Imam Masjid Pokok Asam, Bakar Arang dinobat Tokoh Maal Hijrah Negeri Kedah

Abdullah Yahya yang juga merupakan Imam Masjid Pokok Asam, Bakar Arang, Sungei Petani telah dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1441 bagi negeri Kedah.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam majlis yang telah diadakan di Wisma Darul Aman semalam.

Dalam majlis tersebut Abdullah menerima sumbangan sebanyak RM15,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Manakala bagi kategori Masjid Terbaik Luar Bandar pula, Masjid Al-Ehsan, Temonyong, Langkawi telah berjaya menggondol hadiah kategori tersebut yang bernilai RM10,000.

Sementara itu untuk kategori Masjid Terbaik Bandar pula, Masjid Jamek As Shahab, Kepala Batas, Kubang Pasu, telah berjaya memenangi kategori tersebut dengan hadiah yang juga bernilai sebanyak RM10,000.

Selian itu penyampaian hadiah juga dianugerahkan kepada Johan syarahan Bahasa Malaysia, Bahasa Arab serta juga Johan Bercerita Kisah dari Al Quran.

Hadiah turut diberikan kepada beberapa kategori yang lain iaitu Johan Kuiz, Nasyid, Mengarang Essei Bahasa Arab, Tilawah Tilawah Al Quran, Hafazan dan Johan Tulisan Khat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialahDuli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, barisan exco serta pimpinan kerajaan negeri Kedah.

Wakil Masjid Terbaik Negeri Kedah menerima anugerah dari Sultan Kedah semalam.