Imej US rosak, tidak dihormati dunia

Imej US rosak, tidak dihormati dunia

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) menegaskan Amerika Syarikat (US) bukan lagi sebuah negara yang layak untuk menjadi pendamai sebaliknya negara itu wajar dilabel sebagai sebuah negara pengganas nombor satu di dunia.

Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, mutakhir ini US memihak kepada keganasan apabila menjadi boneka kepada Israel apatah lagi apabila Yahudi dan Kristian memberi isyarat kepada Presiden US Donald Trump bahawa beliau akan kalah jika tidak menyokong Israel.

“US sudah rosak imej dan tidak dihormat di dunia. Trump pindah Jurusalem menjadi ibu negara Israel ianya satu kerosakan sangat besar. Sekarang 128 negara tidak menerima beliau dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja menyerahkan memorandum kepada kedutaan Amerika Syarikat hari ini sempena Himpunan Al-Quds Sedunia.

Seramai 60 Ahli Parlimen daripada Amanah, PKR, DAP, Umno dan PAS menyatakan bantahan terhadap sikap US di dalam memorandum itu.

Beliau turut mempersoalkan tindakan US yang menyalurkan USD130 billion untuk membekalkan senjata kepada Israel dengan menggunakan keuntungan pembayar cukai daripada rakyat negaranya.

“Kita tidak akan diamkan diri bahawa seluruh dunia bangkit akibat perbuatan Trump. Kamui sudah jijik dan US sudah dilaknat sedunia dan kebangkitan Palestin akan semakin marak, rakyat dalam semua golongan tidak kira politik, Ngo pelbagai latar belakang semuanya bersepakat bahawa semua ini dilakukan oleh US,”tambahnya.

Turut bersama beliau menghantar memorandum Pengerusi Syura Abdul Ghani Shamsuddin
dan Pengerusi Sejagat Syed Sheikh Al Attas.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0