Imigresen KLIA nafi kumpulan 1.5 juta pekerja Bangladesh masuk Malaysia

Imigresen KLIA nafi kumpulan 1.5 juta pekerja Bangladesh masuk Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

Jabatan Imigresen KLIA akan mengambil tindakan membuat laporan polis kepada pihak yang didapati memuat naik dan menyebarkan foto sekumpulan warga Bangladesh masuk ke negara ini  yang menjadi viral di media sosial  sebagai sebahagian daripada 1.5 juta pekerja asing Bangladesh sejak Isnin lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Mohd Zulfikar Ahmad 2Jabatan Imigresen KLIA akan mengambil tindakan membuat laporan polis kepada pihak yang didapati memuat naik dan menyebarkan foto sekumpulan warga Bangladesh masuk ke negara ini  yang menjadi viral di media sosial  sebagai sebahagian daripada 1.5 juta pekerja asing Bangladesh sejak Isnin lalu.

Pengarah Imigresen KLIA , Datuk Mohd Zulfikar Ahmad berkata, pihaknya akan bersemuka dengan pemilik akaun facebook dan blog berkenaan untuk meminta agar menarik balik  foto yang dimuat naik dalam facebook berkenaan.

Dijangka satu pertemuan akan diadakan petang ini dan sekiranya pemilik facebook  dan blog berkenaan  enggan berbuat demikian, beliau tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap fitnah yang dilemparkan kepada jabatan dan  pegawai penguatkuasa imigresen di KLIA.

“ Kita kenal pasti ada dua tiga orang yang berkongsi dan menyebarkan gambar ini serta menokok tambah tentang kehadiran sekumpulan warga asing di KLIA.

“Kita akan panggil mereka untuk mendapatkan penjelasan petang ini dan meminta agar mereka menarik balik kenyataan yang dibuat , kalau di fikirkan tindakan perlu diambil saya akan buat laporan polis kerana mereka menyebarkan fitnah,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline petang ini.

Semalam Malaysia Dateline melaporkan beberapa foto yang dipercayai telah diviralkan sebagai kemasukan pekerja asing dari Bagladesh yang telah tiba di KLIA sejak beberapa hari lalu, ketika kerajaan telahpun mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari tujuh negara sumber.

Kehadiran ramai warganegara dari Bangladesh itu  sekaligus mencetuskan persoalan sejauhmana penangguhan pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh benar-benar dilaksanakan seperti diumumkan Ahmad Zahid.

Antara pemilik akaun facebook yang dipercayai memuat naik maklumat kurang tepat mengenai kumpulan warga Bangladesh yang masuk ke negara ini.Beliau menjelaskan beberapa keping foto yang dimuat naik ke media sosial itu adalah salah satu proses saringan yang dilakukan oleh pasukan pemantauan Unit Penguatkuasaan KLIA.

“ Ini adalah untuk mengekang kemasukan penumpang yang tidak memenuhi syarat sebagai pelawat yang masuk ke negara ini.

“Untuk makluman ada dikalangan penumpang dalam pesawat tersebut adalah mereka yang sudah bekerja di Malaysia dan mereka kembali ke Malaysia setelah bercuti di negara mereka.

“Ada dikalangan mereka yang sudah ada visa pekerja asing, di kalangan pelajar dan  professional yang mana  pegawai penguatkuasaan membuat pemeriksaan di kaunter masuk imigresen sebelum membenarkan mereka memasuki negara ini, itu prosedur yang biasa dilakukan setiap hari,” ujarnya menjelaskan mengenai foto-foto yang tersebar.

Malah beliau menegaskan jika ada mana-mana pihak yang masih tidak berpuashati bagaimana prosedur kemasukan pelawat, pelancong atau pekerja asing ke negara ini, beliau sedia memberikan penjelasan untuk membetulkan salah tanggapan masyarakat terhadap integriti agensi kerajaan.

“ Setiap hari ada lebih kurang lima hingga enam penerbangan dari Dhaka ke Kuala Lumpur oleh syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa. Mereka ini bukannya 1.5 juta pekerja asing sebagaimana dihebohkan dan diviralkan di laman sosial.

“Kalau masih ada pihak yang tidak berpuashati sila jumpa saya, kita bawa mereka tengok bagaimana pegawai penguatkuasa imigresen menjalankan tugas mereka di KLIA ini,” ujarnya yang menafikan tidak ada kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh selepas penangguhan  kemasukan pekerja asing dari tujuh negara sumber yang diumuman  oleh pihak kerajaan.

Dalam perkembangan sama respon daripada Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan hari ini pula berkata, beberapa foto yang tersebar itu berkemungkinan adalah di kalangan pekerja asing dari Bangladesh yang telah diluluskan kemasukan mereka sebelum MoU antara kerajaan Malaysia dan India ditandatangani.

Katanya lagi, jika ada penangguhan pengambil warga asing dari negara sumber oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, tidak seharusnya melibatkan kelulusan yang diberikan terlebih dahulu.

TAGS