Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Imigresen Perlis tumpaskan sindiket penyeludupan migran

Imigresen Perlis tumpaskan sindiket penyeludupan migran

BernamaJanuary 28, 2020 5:31 pm




Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis berjaya mematahkan cubaan sindiket penyeludupan manusia yang menggunakan stesen Keretapi di Padang Besar, Perlis sebagai transit, susulan penahanan 17 warga Myanmar dalam tiga operasi sejak Khamis lepas.

Pengarah Imigresen Negeri Perlis, Basri Othman berkata seramai kesemua warga Mynamar itu ditahan hasil risikan dan pemantauan bersama Unit Penguatkuasa Padang Besar dan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM).

“Dalam operasi pertama, sembilan lelaki dan seorang wanita warga Myanmar yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 48 tahun, ditahan pada 23 Jan di stesen keretapi Padang Besar Perlis,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan semasa cuba memasuki Malaysia tanpa memiliki sebarang dokumen pengenalan diri atau pas perjalanan yang sah.

Katanya dalam operasi kedua kira-kira pukul 7.30 malam pada hari yang sama, dua lelaki warga Myanmar yang berumur 36 hingga 40 tahun ditahan di sekitar Stesen Keretapi Padang Besar semasa cuba melintasi sempadan untuk keluar dari Malaysia, kerana telah berada di negara ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri serta pas lawatan yang sah.

Basri berkata dalam operasi ketiga pada 26 Jan pula, lima lelaki warga Myanmar yang berumur 24 hingga 41 tahun ditahan semasa sedang menunggu sindiket untuk cubaan keluar dari Malaysia.

“Urusan kemasukan dan keluar migran haram itu diatur oleh rangkaian sindiket yang menjadikan Stesen Keretapi Padang Besar sebagai transit sebelum memasuki atau keluar dari Malaysia melalui laluan tikus.

“Kesemua migran itu dikenakan bayaran RM2,000 hingga RM2,500 tiap seorang oleh sindiket ini. Kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002),” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production