Malaysia Dateline

Dap mendakwa Sistem Penguatkuasaan dan. Pendaftaran Warga Asing (NERS) juga berpotensi untuk disabotaj

Imigresen Selangor gempur pusat hiburan, 38 warga asing ditahan

Jabatan Imigresen Selangor menahan 38 warga asing termasuk empat mak nyah menerusi  Ops Gegar di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Pengarah Imigresen Selangor Mohamad Shukri Nawi berkata mereka yang ditahan dalam operasi kira-kira tiga jam bermula  10 malam itu merangkumi warga Thailand, Vietnam dan Bangladesh.

“Daripada 38 warga asing yang diperiksa,  28 orang adalah wanita manakala selebihnya 10 lelaki termasuk empat daripada mereka golongan mak nyah.

“Mereka terdiri daripada 23 warga Thailand, 11 rakyat Vietnam dan empat warga  Bangladesh yang berumur 18 hingga 35 tahun. Kesemua yang ditahan dipercayai berkerja sebagai pelayan, pembantu bar serta pelayan pelanggan (GRO),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua warga asing terbabit disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah dan menurut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas.

“Jabatan Imigresen Selangor akan terus giat menggempur premis yang dipercayai menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang negara bagi mengelakkan sebarang masalah sosial berleluasa dan kerjasama semua masyarakat dalam memberikan maklumat amat diperlukan,” tegasnya.

— BERNAMA