Malaysia Dateline

IMPISS FC sedia ‘mengaum’ musim 2020

Skuad taruhan AMANAH Sarawak,IMPISS FC sedia menyahut cabaran bagi memperbaiki kedudukan pada aksi bola sepak Liga Kuching KDFA musim 2020.

Pengurus pasukan ,Mohamad Ariffin Taha berkata,pada saingan musim ini IMPISS FC sekadar menduduki tangga kesembilan liga daripada 11 pasukan yang bertanding.

Justeru,beliau berazam untuk membawa skuadnya antara pasukan yang bakal memberi cabaran sekali gus memperbaiki kedudukan pada pentas saingan 2020 nanti.

Jelasnya,Liga Kuching merupakan medan pasukan dan pemain elit yang menyertainya yang berlangsung sejak 28 September dan berakhir pada Ahad lepas.

“Walaupun dibarisi pemain-pemain yang tidak berpengalaman di peringkat tinggi,tetapi kita mampu memberi saingan kepada pasukan lain yang menyertai liga ini.

“Tujuannya ialah,kita memberi peluang dan pengalaman kepada para pemain yang rata-ratanya datang dari kawasan luar bandar,” ujar beliau ketika ditemui di Kuching hari ini.

Mohamad Ariffin menambah,bagi menghadapi saingan musim 2020,beliau dijangka akan mengekalkan barisan pemain sedia ada di samping bakal membuat persiapan rapi sebelum aksi liga bermula.

Katanya lagi,tahun ini merupakan penyertaan sulung IMPISS FC dalam saingan Liga Kuching sekali gus persiapan yang dilakukan kurang memuaskan.

“In shaa Allah…saya yakin skuad ini akan mampu ‘mengaum’ pada kempen liga musim 2020 nanti berdasarkan kebolehan pemain sedia ada selain persiapan rapi yang dijalankan sebelum menjelangnya saingan.

“Namun sebuah pasukan baharu di pentas liga kita tetap turun sebagai ‘under dog’ dan hanya mensasarkan memperbaiki kedudukan sahaja,” katanya.