Banjir: 30 sekolah di Kelantan tutup hari ini

30 sekolah di daerah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Tumpat ditutup hari ini 30 sekolah di daerah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Tumpat ditutup hari ini

Sebanyak 30 sekolah di daerah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Tumpat ditutup hari ini berikutan banjir yang belum surut.

Jabatan Pendidikan Kelantan dalam kenyataannya malam tadi berkata penutupan semua sekolah terbabit mengakibatkan 9,501 pelajar tidak dapat menghadiri hari ketiga sesi persekolahan 2017.

Ia turut melibatkan 958 guru dan kakitangan sekolah.

Daripada jumlah pelajar itu, seramai 7,746 orang dari 18 sekolah di Pasir Mas, 953 pelajar di 5 sekolah di Tanah Merah, 588 pelajar di 6 sekolah di Kuala Krai dan 214 pelajar di sebuah sekolah di Tumpat.

Sekolah di Pasir Mas yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1.

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram, SABK Diniah Bongor, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Tiang Chandi, SMK Gual Tinggi, SK Kedai Tanjong, SK Bakong, SK Gual Sitok dan SMK Gual Periok.

Di Kuala Krai pula, ia melibatkan SK Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal dan SABK Saadatul Qura.

Lima sekolah di Tanah Merah yang ditutup adalah SMK Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Tebing Tinggi manakala di Tumpat, hanya membabitkan SK Pulau Beluru.

Penutupan semua sekolah itu adalah berikutan laluan ke sekolah ditenggelami banjir dan berbahaya kepada pelajar dan guru.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel