Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
India sahkan kes pertama koronavirus

India sahkan kes pertama koronavirus

BernamaJanuary 31, 2020 8:09 am




India melaporkan kes koronavirus pertama ketika negara diletakkan dalam keadaan berwaspada terhadap penularan virus yang mula dikesan di China itu.

Seorang pelajar dari selatan Kerala yang menuntut di Universiti Wuhan,China didapati positif dijangkiti virus berkenaan.

“Ujian terhadap pesakit itu didapati positif dijangkiti novel koronavirus dan kini ditempatkan di wad pengasingan. Pesakit stabil dan masih dipantau rapi,” kata Kementerian Kesihatan India pada Khamis.

Kerajaan India menasihatkan orang ramai agar tidak mengunjungi China dan mereka yang pulang dari negara itu perlu sentiasa memantau tahap kesihatan.

Virus itu telah merebak di China dengan 170 kematian dilaporkan dan kira-kira 8,000 orang dijangkiti.

India bersiap sedia untuk membawa pulang rakyatnya yang terjejas oleh wabak itu di wilayah Hubei, China, kata Kementerian Luar Negeri.

Kerajaan turut mengadakan talian bantuan 24 jam untuk menyalurkan maklumat mengenai koronavirus dan pasukan perubatan telah ditempatkan di lapangan terbang bagi menjalankan pemantauan.

Latihan simulasi dijalankan di bandar selatan Chennai bagi menguji tahap persediaan perubatan untuk menangani virus itu.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production