Individu berusia 100 tahun ke atas diminta segera keluarkan KWSP sebelum Mac 2025

Oleh KIM SYAZIE

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 100 tahun ke atas diminta untuk menuntut simpanan persaraan mereka sebelum 31 Mac 2025.

Menurut laporan News Straits Times, KWSP melalui notis mereka memaklumkan pihaknya sedang mencari ahli KWSP berusia 100 tahun yang masih belum mengeluarkan simpanan mereka sehingga kini.

KWSP menyarankan agar ahli atau waris melakukan semakan baki simpanan yang tidak dituntut menggunakan nombor dokumen pengenalan diri atau nombor keahlian KWSP.

“Ahli atau waris mereka mesti mengemukakan tuntutan untuk simpanan tidak dituntut selewat-lewatnya pada 31 Mac 2025.

“Selepas tarikh ini, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Sebarang tuntutan selepas itu mesti dikemukakan terus kepada BWTD,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu, ahli atau waris mereka boleh melayari laman web rasmi KWSP atau melayari pejabat KWSP berhampiran.

Baca juga: “Suami gunakan hak dia untuk kahwin 2, jadi aku hantar dia dekat madu, tuntut fasakh lepas dia kemalangan”