Malaysia Dateline

Individu ini ajar bagaimana nak ‘ugut’ rakan bayar hutang, sekejap je rakan terus bayar RM700

Pandai pinjam, pandai bayar. Ini boleh dikatakan ‘common sense’ yang tidak perlu ditegur dan diberitahu berulang kali. Tetapi inilah realitinya yang berlaku pada pemberi pinjam. Sentiasa menagih hutang sendiri yang tidak tahu bila mahu dibayar.

Seperti yang dikongsi seorang pengguna media sosial, Muhammad Rahmat, dia memberi ‘tips’ bagaimana mahu meminta rakan untuk membayar hutang dengan segera.

Katanya, dia mengetahui taktik itu selepas mendengar satu segmen dari sebuah stesen radio yang sedang membincangkan tentang hutang.

Salah seorang pemanggil memberitahu bahawa rakannya berhutang sejumlah RM700, namun hutang tidak berbayar lepas setahun lebih. Ekoran itu dia melakukan tindakan drastik yang dengan hanya sehelai surat, membuatkan rakannya terus memindahkan wang tersebut ke akaunnya serta merta.

Walaupun kisah ini agak lucu tetapi ia boleh dijadikan pengajaran dan ikutan untuk semua. Kami kongsikan cerita penuh Muhammad Rahmat yang sedang tular di media sosial Facebook

Cara pungut hutang yang paling berkesan

Tadi dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat, sambil dengar radio Gegar.fm, topik perbualan pagi ini telah menarik perhatian saya.

Tajuknya, cara nak pungut hutang. Manusia peminjam hutang ini ada 3 jenis;

1) Pandai pinjam, pandai bayar.

2) Pandai pinjam, tak pandai nak bayar.

3) Pandai pinjam, tak mampu nak bayar.

Sebenarnya jenis ke 2 yang paling sakit hati. Jenis pinjam tetapi tak nak bayar walaupun ada duit. Ada seorang brother ini call tadi, cerita pengalaman dia kutip hutang dari member dia.

Ceritanya begini. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, member dia ada pinjam duit RM700. Member dia ni meniaga ayam golek.

Selepas setahun lebih, dia pun nak tuntut duit tu. Member dia tak nak bayar duit. Sebagai ganti, member dia tu nak bagi ayam golek seekor sehari sampalah hutang tu habis. Brother tu tak setujulah. Takkan lah tiap-tiap hari nak makan ayam.

Jadi, banyak cara dia cuba nak dapatkan duit tu tak berjaya. Sampailah dia terbaca satu artikel, yang mana hutang tersebut boleh tuntut di mahkamah.

Rupanya hutang yang di bawah RM5000, boleh tuntut di mahkamah melalui Saman Tuntutan Kecil. Selain hutang, tunggakan sewa, ganti rugi barang rosak, tunggakan gaji dan upah juga boleh dituntut.

Caranya, pergi ke mahkamah majistret, ambil borang 198 iaitu Writ Saman dan Penyataan Tuntutan. Percuma sahaja.

Jadi brother tu pergi ambillah borang tadi, belum sempat isi pun lagi, dia snap dan hantar kepada member dia tadi tu.

Menggelabah member tu… pada hari yang sama member tu bank in duit RM700 kepada dia. Kadang-kadang begitulah, kena gertak dulu baru reti nak bayar…

“Selain menggunakan taktik saman mahkamah, mungkin orang rasa rumit, dicadangkan guna taktik bomoh siam pun dikatakan amat berkesan juga,” seloroh Muhammad Rahmat.

Apa-apa pun anda boleh baca artikel seterusnya, tentang individu yang berjaya tuntut hutang dari rakannya menggunakan kuasa mahkamah tanpa perlu menggunakan peguam. Baca: Berjaya tuntut hutang dari rakan yang liat bayar balik, individu ini ajar buat tuntutan melalui mahkamah, tak perlu peguam

Baca juga: Pas dinasihat ketengah masalah ekonomi rakyat, jangan asyik main isu perkauman dan agama, DAP beritahu

Baca juga: ‘Apa punya standardlah nilai wakil rakyat di mata BN bila calonkan Jamal Yunos sebagai calon?’ – Warganet luah rasa kesal lihat pencalonan BN