Individu yang dikenali sebagai Neo Pawang Diraja tampil memohon maaf kepada Ustaz Mohd Kazim Elias selepas dia mendedahkan lakaran enam individu yang didakwa sebagai penyihir ustaz Kazim.
Malam tadi, pemuda berkenaan memohon maaf kepada ustaz Kazim dan mengakui sudah memadam video lakaran berkenaan yang dimuatnaik di sosial medianya.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah saya terima respons daripada Datuk Ustaz Kazim Elias di Facebook beliau memohon agar saya menghapuskan lakaran yang saya buat di dalam video saya yang telah tular baru-baru ini.
“Dengan rela hatinya saya telah menghapus dan memadam segala video tersebut baik di Facebook dan akaun TikTok saya.
“Saya memohon seribu kemaafan kepada Ustaz Kazim Elias dan saya sangat menghormatinya,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman TikTok.
Dia berkata, niatnya menyebarkan wajah individu yang menyihir ustaz Kazim bukan kerana peribadi atau niat tertentu.
Sebaliknya ia adalah permintaan dari ramai orang yang mahukan dia melakar individu penyihir tersebut.
Semalam, Ustaz Kazim memohon agar trend menyebarkan lakaran lukisan ‘penyihir’ segera dihentikan.
Beliau turut menegur kepada mana-mana individu yang terlibat agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi lakaran seperti itu kerana ia mungkin menyerupai wajah seseorang.
Ustaz Kazim sebelum ini mengakui dirinya kini sedang dalam proses mendapatkan rawatan terbaik bagi mengubati masalah kesihatan yang dialaminya ketika ini.
Baca juga: MP gesa Hishammuddin bertindak segera dengar tuntutan veteran ATM
Baca juga: Parkir sesuka hati, netizen puas hati kereta dihimpit bas sehingga rosak